Soalan utk website (FAQ)

PERMOHONAN

  • Apakah program yang ditawarkan di Umkcee?

Terdapat empat (4) program yang ditawarkan iaitu:

Fakulti Keusahawanan & Perniagaan        

  • Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik & Perniagaan Pengedaran) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) dengan Kepujian

Fakulti Hospitaliti, Pelancongan & Kesejahteraan

  • Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan) dengan Kepujian
  • Bilakah pengambilan pelajar akan dilakukan?

Sesi pengambilan pelajar dilakukan dua kali setahun iaitu pada pada Semester Februari dan Semester September.

  • Bagaimana cara untuk memohon?

Permohonan boleh dibuat secara online melalui http://edams.umk.edu.my:8082 atau mengisi borang permohonan dan dihantar ke Umkcee.

  • Adakah setiap program ditawarkan pada setiap sesi pengambilan?

Ya.

  • Apakah syarat kemasukan untuk memohon program ini?

Syarat kemasukan setiap program adalah merujuk kepada syarat umum dan syarat kemasukan program. Sila layari laman web umkcee.edu.my

SPM-

  • Adakah boleh memohon program yang ditawarkan sekiranya masih belum menduduki atau masih belum mendapat keputusan Malaysia University English Test (MUET)?

Ya boleh, tetapi calon mesti mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysia University English Test (MUET) dalam tempoh 1 tahun pertama pengajian.

  • Adakah Program Pengajian Separuh Masa UMKCEE diiktiraf oleh badan professional dan MQA?

Ya, program pengajian Separuh Masa UMKCEE yang dijalankan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan badan-badan profesional berkenaan.  

  • Apakah maksud mod Program Pengajian Separuh Masa?

Program Pengajian Separuh Masa melibatkan 50% pembelajaran secara bersemuka dan 50% secara teradun.

  • Bolehkah diploma eksekutif mengikuti program sarjana muda separuh masa?

Tidak boleh, kerana tidak memenuhi syarat kemasukan program.

 

  • Berapakah tempoh pengajian bagi program ini?

Tempoh pengajian ialah:

  • Minimum 4 tahun*
  • Tri-semester
  • Kelas akan diadakan pada hujung minggu

Bergantung kepada jumlah kredit yang diambil. Pemindahan kredit dapat dibuat oleh pelajar lepasan diploma

 

  • Dimanakah kampus bagi program ini?

Program ini terletak di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan

  • Berapakah yuran?

Yuran proses RM100 (Semester pertama sahaja)

Yuran Pendaftaran RM100 (Semester pertama sahaja)

Yuran Perkhidmatan RM305 (Setiap semester)

Yuran Pengajian RM160 per kredit.

TEMPOH PENGAJIAN

  • Berapakah tempoh semester bagi satu-satu program UMKCEE?

Satu Sesi Akademik merangkumi dua (2) Semester Lazim, iaitu Semester September dan Semester Februari dan 1 semester pendek iaitu pada bulan Julai.

Tempoh minimum pengajian ialah 11 semester, manakala tempoh maksimum pengajian ialah 20 semester, termasuk semester pendek.

KULIAH

  • Bilakah waktu kuliah bagi setiap semester pengajian?

Kuliah dijalankan pada setiap hujung minggu iaitu:

Hari

Khamis ( petang & malam )

Jumaat (pagi & petang)

  • Apakah medium perantaraan yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran?

Penggunaan dwi bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) akan digunakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun bergantung kepada setiap kursus.

  • Bagaimanakah cara untuk membuat pendaftaran kursus?

Pelajar wajib membuat Pra Pendaftaran dan Pendaftaran semua kursus yang akan diambil pada semester berkenaan secara atas talian atau secara manual dalam tempoh yang ditetapkan Universiti.

  • Bila pendaftaran kursus boleh dilakukan?

Pelajar baharu wajib membuat Pendaftaran dengan menggunakan Borang Pendaftaran Kursus pada hari pendaftaran program mengikut ketetapan pihak Universiti. Manakala pelajar kanan wajib membuat pengesahan pendaftaran secara atas talian selewat-lewatnya TUJUH (7) hari dari tarikh permulaan semester baharu.

  • Berapakah kadar maksimum kredit yang boleh didaftarkan pada satu-satu semester pengajian?

Beban kredit maksimum bagi setiap pelajar ialah kurang daripada 11 kredit (PPQ), kecuali pelajar semester akhir yang dibenarkan mendaftar kursus sehingga 14 kredit.

  • Apakah yang dimaksudkan dengan pengecualian kredit?

Pengecualian kredit merupakan permohonan pengurangan jumlah keseluruhan kredit yang disyaratkan bagi satu-satu program.

  • Bagaimanakah cara permohonan pengecualian kredit?

Permohonan pengecualian kredit boleh dibuat dengan mengemukakan borang pengecualian kredit yang lengkap beserta transkrip keseluruhan sijil atau diploma yang telah disahkan kepada fakulti bagi mendapatkan kelulusan permohonan.