UMKCEE membuka kaunter pameran pendidikan, di Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa
Pada 9 November 2024, Pusat Pendidikan Luar UMK (UMKCEE) membuka kaunter pameran pendidikan, di Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa. Pameran ini dibuka bersempena Program Pemerkasaan Wanita Peringkat Parlimen Pengkalan Chepa. Program Pemerkasaan Wanita ini menumpukan perhatian kepada Pemerkasaan dan Pembangunan wanita, memberi pendedahan kepada usahawan wanita akan Ekosistem Keusahawanan MARA yang meliputi Latihan Keusahawanan, Premis Perniagaan dan Skim Pembiayaan perniagaan. Institut Pendidikan MARA juga ada membuka reruai bagi menyampaikan maklumat terkini. UMKCEE telah memohon bagi mengisi salah satu slot gerai pameran yang disediakan oleh MARA negeri kelantan. Gerai pameran UMKCEE telah menerima kunjungan yang memberangsangkan daripada pengunjung yang hadir ke program berkenaan, selain daripada menerima kunjungan di gerai pameran dan mengumpul database calon berminat.
