UMK CENTER FOR EXTERNAL EDUCATION
Universiti Malaysia Kelantan

FAQ


Q: Apakah program yang ditawarkan di UMKCEE
A: Terdapat enam (7) program yang ditawarkan. Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) dengan Kepujian, Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik & Perniagaan, Pengedaran) dengan Kepujian, Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) dengan Kepujian, Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan) dengan Kepujian , Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan & Perbankan Islam dengan kepujian, Sarjana Muda Komunikasi Perniagaan dengan Bahasa Inggeris (Kepujian), Sarjana Muda Bahasa Arab
Q: Bilakah pengambilan pelajar akan dilakukan?
A: Sesi pengambilan pelajar dilakukan dua (2) kali setahun iaitu pada Semester Februari dan Semester September
Q: Bagaimana cara untuk memohon?
A: Permohonan boleh dilakukan lakukan dengan mengisi borang permohonan dan dihantar ke emel (umkcee@umk.edu.my)
Q: Adakah setiap program ditawarkan pada setiap sesi pengambilan?
A: Ya
Q: Apakah syarat kemasukan untuk memohon program ini?
A: Syarat kemasukan setiap program adalah merujuk kepada syarat umum dan syarat kemasukan program. Sila layari laman web umkcee.edu.my
Q: Adakah boleh memohon program yang ditawarkan sekiranya masih belum menduduki atau masih belum mendapat keputusan Malaysia University English Test (MUET)?
A: Ya boleh, tetapi calon mesti mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysia University English Test (MUET) dalam tempoh 1 tahun pertama pengajian.
Q: Adakah Program Pengajian Separuh Masa UMKCEE diiktiraf oleh badan professional dan MQA?
A: Ya, program pengajian Separuh Masa UMKCEE yang dijalankan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan badan-badan profesional berkenaan.
Q: Apakah maksud mod Program Pengajian Separuh Masa?
A: Program Pengajian Separuh Masa melibatkan 50% pembelajaran secara bersemuka dan 50% secara teradun.
Q: Bolehkah diploma eksekutif mengikuti program sarjana muda separuh masa?
A: Tidak boleh, kerana tidak memenuhi syarat kemasukan program.
Q: Berapakah tempoh pengajian bagi program ini?
A: Tempoh pengajian ialah: ¿ Minimum 4 tahun* ¿ Tri-semester ¿ Kelas akan diadakan pada hujung minggu Bergantung kepada jumlah kredit yang diambil. Pemindahan kredit dapat dibuat oleh pelajar lepasan diploma
Q: Dimanakah kampus bagi program ini?
A: Program ini terletak di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan
Q: Berapakah yuran?
A: Yuran proses RM100 (Semester pertama sahaja), Yuran Pendaftaran RM100 (Semester pertama sahaja), Yuran Perkhidmatan RM305 (Setiap semester), Yuran Pengajian RM160 per kredit.
Q: Berapakah tempoh semester bagi satu-satu program UMKCEE?
A: Satu Sesi Akademik merangkumi dua (2) Semester Lazim, iaitu Semester September dan Semester Februari dan 1 semester pendek iaitu pada bulan Julai. Tempoh minimum pengajian ialah 11 semester, manakala tempoh maksimum pengajian ialah 20 semester, termasuk semester pendek.
Q: Bilakah waktu kuliah bagi setiap semester pengajian?
A: Kuliah dijalankan pada setiap hujung minggu iaitu: Hari Khamis ( petang & malam ), Jumaat (pagi & petang)
Q: Apakah medium perantaraan yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran?
A: Penggunaan dwi bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) akan digunakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun bergantung kepada setiap kursus.
Q: Bagaimanakah cara untuk membuat pendaftaran kursus?
A: Pelajar wajib membuat Pra Pendaftaran dan Pendaftaran semua kursus yang akan diambil pada semester berkenaan secara atas talian atau secara manual dalam tempoh yang ditetapkan Universiti.
Q: Bila pendaftaran kursus boleh dilakukan?
A: Pelajar baharu wajib membuat Pendaftaran dengan menggunakan Borang Pendaftaran Kursus pada hari pendaftaran program mengikut ketetapan pihak Universiti. Manakala pelajar kanan wajib membuat pengesahan pendaftaran secara atas talian selewat-lewatnya TUJUH (7) hari dari tarikh permulaan semester baharu.
Q: Berapakah kadar maksimum kredit yang boleh didaftarkan pada satu-satu semester pengajian?
A: Beban kredit maksimum bagi setiap pelajar ialah kurang daripada 11 kredit (PPQ), kecuali pelajar semester akhir yang dibenarkan mendaftar kursus sehingga 14 kredit.
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan pengecualian kredit?
A: Pengecualian kredit merupakan permohonan pengurangan jumlah keseluruhan kredit yang disyaratkan bagi satu-satu program.
Q: Bagaimanakah cara permohonan pengecualian kredit?
A: Permohonan pengecualian kredit boleh dibuat dengan mengemukakan borang pengecualian kredit yang lengkap beserta transkrip keseluruhan sijil atau diploma yang telah disahkan kepada fakulti bagi mendapatkan kelulusan permohonan