PUSAT PENDIDIKAN LUAR UMK (UMKCEE)
Universiti Malaysia Kelantan

Testimoni Pelajar



"Saya, Tan Jern Ai, merupakan alumni Pusat Pendidikan Luar Universiti Malaysia Kelantan (UMKCEE). Saya telah mengambil jurusan Pelanconfa dan mengalami kepuasan yang besar dalam pembelajaran di UMKCEE. Program separuh masa yang ditawarkan oleh UMKCEE telah membantu saya untuk mencapai matlamat pendidikan saya dengan lebih mudah dan fleksibel. Dengan menyambung pelajaran secara separuh masa, saya dapat menjaga keseimbangan antara pembelajaran, pekerjaan dan kehidupan pribadi."


- TAN JERN AI

Saya Hamizi Bin Ismail Graduan Lepasan Ijazah Logistik & Perniagaan Pengedaran SAL merasai UMKCEE telah memahami keperluan pelajar dewasa seperti saya. Format pengajian secara hujung minggu dan kuliah dalam talian sangat membantu saya menyeimbangkan kerjaya dan pengajian. Apa yang saya pelajari terus boleh diaplikasikan dalam tugasan harian saya.UMKCEE bukan sekadar tempat belajar, ia pemangkin perubahan hidup.


- HAMIZI BIN ISMAIL

Saya Tuan Hayati Binti Tuan Husin graduan Ijazah Logistik & Perniagaan Pengedaran beranggapan UMKCEE benar-benar membuka peluang kedua dalam hidup saya. Sebagai seorang isteri dan ibu yang bekerja, saya pernah rasa mustahil untuk sambung belajar. Namun, pendekatan pembelajaran fleksibel yang ditawarkan membolehkan saya menyesuaikan jadual kerja dan keluarga tanpa menjejaskan pelajaran. Pensyarah sangat berdedikasi dan bahan pengajaran sentiasa relevan dengan industri. Saya kini lebih yakin, profesional, dan berdaya saing di tempat kerja. Terima kasih UMKCEE, kerana membuka ruang untuk saya mengejar impian.¿


- TUAN HAYATI BT TUAN HUSIN

¿Saya bermula sebagai staf operasi biasa di pusat penghantaran. Bila saya diberi peluang sambung belajar di UMKCEE, saya tak lepaskan. Program yang ditawarkan sangat berkaitan dengan bidang logistik dan penghantaran yang saya ceburi. Setiap modul pembelajaran memang selari dengan apa yang berlaku di lapangan ¿ dari pengurusan rantaian bekalan hinggalah kepada perkhidmatan pelanggan. Dengan ilmu yang saya peroleh, saya berjaya buktikan kemampuan dan kini diberi tanggungjawab sebagai penyelia. UMKCEE benar-benar bantu saya capai sesuatu yang dulu saya rasa mustahil. Belajar sambil bekerja bukan mudah, tapi hasilnya amat berbaloi.¿


- ANAZIM